Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Titip Pesan Stay Safe Pada Peminat, Ramai Luah Perasaan Pada Foto Janna Nick

today21 June 2021

Background

Pada masa kini, apa yang mampu kita semua lakukan ialah menjaga diri masing-masing dan hanya duduk di rumah bagi mengekang penularan jangkitan virus COVID-19 yang semakin mengganas.

Dikesempatan itu, pelakon Janna Nick turut tidak ketinggalan menitipkan pesanan kepada semua pengikutnya di laman Instagram.

Janna telah kongsikan satu foto menunjukkan beliau baru selesai bersenam dan dalam masa yang sama caption yang ditulisnya turut memberi kata-kata semangat.

Namun siapa sangka rupa-rupanya pada ruangan foto tersebut, ramai meluahkan perasaan mereka tentang kehidupan yang perlu mereka hadapi sepanjang pandemik ini.

Kebanyakan mereka kongsikan kisah susah hidup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tetapi walaupun begitu, mereka akui bahawa kehidupan perlu tetap diteruskan.

Ketika ini, ramai yang terpaksa meneruskan hidup dalam kesusahan ditambah pula dengan banyak arahan baru yang dikeluarkan sehingga membuatkan ramai berasa dalam kesusahan.

Apa pun, semoga kita semua berada dalam keadaan baik-baik sahaja sepanjang masa dan diharapkan pandemik ini akan berlalu tidak lama lagi.

Baca juga artikel berkaitan:

“Nampak Susut Lah..” Makin Kurus, Peminat Luah Rasa Bimbang Lihat Foto Terbaharu Janna Nick

Sumber foto: Instagram Janna Nick

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post