Connect with us

Yang Hangat

“Jangan Kaitkan Seni Dengan Politik” Syazwan Zulkifly Sokong Namewee Tentang Filem BAB*

Hmm berat isu ni…

Published

on

Nama pengarah filem Wee Meng Chee atau Namewee nampaknya semakin hangat diperkatakan di Malaysia selepas filemnya berjudul BABI dikatakan ada unsur perkauman.

Disebabkan itu, laporan polis telah dibuat oleh salah seorang Ahli Unit Penerangan Pemuda Perikatan Nasional Wilayah Persekutuan, Mohammad Azwan Azmi iaitu salah seorang bekas wartawan Melodi.

Menurut Azwan, laporan polis itu dibuat atas sebab terdapat perkataan sensitif seperti ‘Melayu Bodoh’, ‘India Keling’ dan ‘Cina Babi’ di dalam poster tersebut selain perkataan BABI ditulis dengan besar.

Namun pada 23 Disember lepas, pelakon Syazwan Zulkifly telah memuat naik satu video kenyataan daripada Namewee sendiri berkaitan filem tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syazwan Zulkifly (@syazwanzulkifly)

Berdasarkan caption yang ditulis oleh Syazwan, beliau mahu penggiat seni bebas berkarya dan tidak mahu hasil seni dijadikan sebagai mangsa isu politik.

Menurut penjelasan Namewee dalam video tersebut, filem itu mengisahkan tentang rusuhan yang berlaku di sekolah yang mana pelajar daripada pelbagai kaum terlibat dalam kumpulan gengster.

“Sebagai pengarah filem ini, saya ingin menyampaikan kepentingan perpaduan dan toleransi antara pelbagai kaum dan berharap agar semua kaum di Malaysia dapat menjadi harmoni dan muhibah. Cerita ini mengenai konflik perkauman di sebuah sekolah, sebab itu ada banyak tulisan dan contengan yang menghina di dalam tandas sekolah filem tersebut.”

Filem tersebut telah dicalonkan dalam Festival Filem Antarabangsa di empat negara iaitu International Thai Film Festival, Berlin Around International Film Festival, Taipei Golden Horse Film Festival dan juga Open World Toronto Filem Festival.

Bukan itu sahaja, salah seorang pelakon filem tersebut iaitu Alif Haikal telah dicalonkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik serta lagu tema filem tersebut turut dinyanyikan dalam empat bahasa termasuk dalam Bahasa Melayu.

Difahamkan filem tersebut sama sekali tidak ditayangkan di Malaysia, sebaliknya hanya akan disiarkan di Taiwan sahaja memandangkan Namewee kini menetap di sana buat sementara waktu.

Dalam masa yang sama, ada beberapa selebriti turut bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Namewee dalam video tersebut kerana apa yang cuba disampaikan dalam filem berkenaan bukanlah bertujuan untuk memecah belahkan kaum di Malaysia seperti yang diperkatakan.

Apa pun, kita tunggu sahaja apakah tindakan seterusnya yang akan dilakukan selepas pihak Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) turut telah membuat laporan polis berkaitan filem ini.

Sumber video dan foto: Instagram Syazwan Zulkifly, Facebook Namewee, Malaysiakini

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7710 8822
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.