Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

Foto TMJ Sekeluarga Berada Di Muar, Johor Buat Rakyat Rindu Kampung Halaman

today8 March 2021

Background

Setakat 8 Mac 2021, Malaysia masih lagi melaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di beberapa negeri.

Garis panduan yang ditetapkan juga tidak membenarkan orang ramai untuk merentas negeri, bagi mengekang penularan COVID-19.

Bagaimanapun, pihak berkuasa sudah memberi kelonggaran untuk orang ramai merentas daerah namun perlulah mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Terbaharu, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah memuat naik beberapa foto menerusi laman Instagram Story miliknya.

Foto-foto tersebut jelas memaparkan TMJ dan isteri YM Che’ Puan Khaleeda Bustamam serta anak-anak mereka berada di Muar, Johor.





TMJ dan Che Puan Khaleeda turut berkongsi foto-foto berkenaan di laman sosial masing-masing untuk tatapan ramai.

Ternyata ramai pengikut mereka berasal dari daerah berkenaan sekaligus menyuarakan rasa rindu terhadap kampung halaman.


Semoga Malaysia cepat pulih daripada wabak ini dan sama-sama kita dapat pulang ke kampung halaman masing-masing..

 

Sumber foto: Instagram Tunku Mahkota Johor & YM Che Puan Khaleeda

Baca artikel berkaitan:-

CP Khaleeda Dedah Pertemuan Pertama Dengan TMJ

Muat Naik Foto Makeup Semulajadi, Kecantikan CP Khaleeda Ini Dipuji Ramai

TMJ Bakal Timang Anak Ke-4, Instagram CP Khaleeda Dihujani Ucapan Tahniah

Written by: Azra Azuar


Previous post

collage

Sosial

Mat Saleh Ini Mahu Orang Makan Nasi Guna Pisau Dan Garfu, Larang Guna Tangan

Nasi adalah makanan ruji rakyat Malaysia, setiap hari, setiap masa, tidak kira di mana jua. Nasi adalah makanan utama yang ada disetiap gerai-gerai atau barisan hotel mewah. Hidangan ini mempunyai kepelbagain budaya, dari kaum Melayu, Cina atau India semuanya menikmati nasi sebagai sebuah hidangan yang wajib ada di atas meja makan. Kebanyakan rakyat Malaysia sebenarnya tidak mempunyai masalah jika anda mahu makan nasi menggunakan tangan atau sudu dan garfu, tetapi […]

today8 March 2021