Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

Jumpa Staf Sendiri Jadi Penghantar Makanan, Hafiz Mahamad Hulur Duit Suruh Pulang Ke Rumah

today19 March 2021

Background

Keperluan untuk berbelanja lebih tinggi mungkin mendorong seseorang untuk melakukan kerja lebih daripada satu.

Perkara itu dilihat sebagai satu perkara yang bagus kerana usaha yang keras dilakukan demi mendapat rezeki lebih.

Pada 18 Mac 2021, usahawan Hafiz Mahamad telah membuat satu perkongsian di Instagram miliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)

Video itu menceritakan tentang Hafiz yang tanpa sengaja telah bertemu dengan stafnya yang membuat kerja sampingan dengan menjadi penghantar makanan.

Melalui caption:-

“Terserempak staff buat rider grab

Petang lepas habis kerja harini, sebelum balik rumah saya pergi singgah makan. Tengah makan, saya ternampak dkt kaunter staff saya dengan pakai baju hujan hijau tengah order

Saya panggil dia & ajak makan sekali. Mula mula tktau dia buat grab, tapi bila jengah luar kedai nampak motor dia & beg grab”Β 

Hafiz merasa tidak sampai hati melihat keadaan stafnya yang terpaksa melakukan lebih daripada satu kerja sehari.

Ini kerana beliau merasakan lebih baik jika masa tersebut diluangkan bersama keluarga di rumah.

“Sayu hati Demi Allah, geleng kepala saya. Tak sampai hati saya tengok staff saya lepas habis kerja sambung lagi buat grab. Saya nak mereka semua ada masa dengan anak/family selepas kerja

Rasa lemah sangat & sebenarnya hari hari saya doa dekat Allah. Cukupkan rezeki team team saya, sihatkan tubuh badan mereka & limpahkan rezekiΒ @ainaabeautyofficial”

Hafiz berkata, dia sentiasa menjaga kebajikan stafnya dan dalam masa yang sama memuji sikap mereka yang sentiasa berusaha untuk menambah pendapatan.

“Kebajikan mereka saya sentiasa usaha & jaga. Gaji mereka Alhamdulilah saya jaga sentiasa, ada yg saya naikkan & ada juga saya bantu diam diam, bayarkan sewa rumah/makan minum

Saya buat semua tu, sebab saya nak mereka bahagia, cukup makan minum & selepas kerja ada masa dengan family

Saya faham sangat situasi mereka, ekonomi sekarang bayar itu ini sekejap je habis Ya Allah tapi saya puji sikap mereka sentiasa kuat cari rezeki”

Dalam pada itu, Hafiz sempat menghulurkan sedikit wang dan makanan untuk dibawa pulang oleh stafnya, dengan harapan beliau dapat terus balik ke rumah bertemu dengan keluarganya.

“Syukur sangat harini, Allah nampakkan keadaan staff saya untuk saya bantu. Ada sikit duit saya bg tadi supaya dia dpt balik terus & ada belikan makanan untuk wife dia sekali”

Hebatnya staf kepada Hafiz Mahamad ni yang terus berusaha untuk mencari rezeki tambahan.

Hafiz juga dilihat sebagai seorang majikan yang prihatin dengan memberi bantuan kepada pekerjanya itu.

Semoga urusan mereka berdua ini sentiasa dipermudahkan.

 

Baca artikel berkaitan: β€œDemi Allah Datang Jumpa Customer” Hafiz Mahamad Akui Terkejut, Janji Untuk Bantu Kos Rawatan Hospital

Sumber: Instagram Hafiz Mahamad

Written by: Hasanah Yusof


Previous post

Sukan

Zii Jia jumpa Momota di suku akhir

Kuala Lumpur: Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia bakal berdepan ujian sebenar apabila bertemu pemain nombor satu dunia dari Jepun, Kento Momota pada aksi suku akhir Seluruh England, petang ini. Zii Jia mengesahkan tempat ke suku akhir selepas menewaskan pemain Denmark, Hans-Kristian Vittinghus 21-12, 21-13 pada pusingan kedua awal pagi tadi. Momota pula yang diletakkan selaku pilihan utama di saingan berprestij itu menewaskan pemain India, H S Prannoy 21-15, […]

today19 March 2021