Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

Kongsi Rutin Harian Bersama Pengikut, Ramai Puji Cara Layanan Datin Kartini Dengan Pembantu Rumah

today22 February 2021

Background

Sebut sahaja nama Noor Kartini Noor Mohammed atau lebih mesra dipanggil Datin Noor Kartini, pasti ramai yang familiar dan suka mengikuti perkembangan semasa keluarga yang pernah digelar ‘Kardashian Kelantan’ itu.

Image result for noor kartini yoga

Umum mengetahui bahawa Datin adalah ibu kandung kepada selebriti, usahawan dan pengacara terkenal, Noor Neelofa.

Terbaharu, disebabkan ramai yang bertanyakan mengenai kehidupan beliau, Datin terbuka untuk berkongsikan rutin hariannya sebagai seorang ibu dan usahawan buat pengikutnya di laman Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Noor Kartini Noor Mohamed (@noorkartini)

“Rutin Harian Saya

Assalamualaikum Selamat petang..Ada yang DM bertanya saya apa rutin saya setiap hari sebelum ke office. Alhamdullilah hari ini saya berpeluang berkongsi rutin harian saya bermula dari awal pagi.. Selamat menonton..
.
Ada apa apa lagi nak saya share kan? Boleh tulis di ruangan komen ok..❣️❣️❣️”

Menerusi video berdurasi 6 minit yang dimuat naik di laman Instagram IGTV, Datin berkongsikan rutin hariannya pada setiap pagi bermula jam 6 pagi, beliau akan memulakan hari dengan solat subuh dan mengaji, diikuti dengan senaman yoga.

Selepas bersenam, harinya diteruskan dengan aktiviti memasak bersama pembantu rumah sebelum pergi ke pejabat.

Image result for noor kartini

Menerusi perkongsian tersebut, nampaknya ramai yang tertarik dengan cara layanan Datin dengan pembantu rumahnya yang dilihat mesra dan tidak kekok bersama beliau.

Malah, ramai juga yang memuji beliau yang dilihat rajin untuk bangun pagi dan mengaji, kerana perkara itu sebenarnya memerlukan kekuatan dan semangat untuk dilakukan.

Suka melihat rutin harian Datin, harap kita semua dapat mencontohi sifat rajin dan murni Datin.

 

 

Sumber : Instagram Datin Noor Kartini

Baca artikel berkaitan : Bacakan Fadhilat Solat Ketika Ibunya Sedang Memasak, Sifat Neelofa Wajar Dicontohi

Written by: Fieyna Azman


Previous post

doc78d9xu1l6o04bia873n

Sosial

Lebih Mudah Dan Efisien, Sejuta Pengguna Kini Bertukar Ke ‘Smart Meter’ TNB Untuk Kediaman Mereka

Mengikuti peredaran zaman, teknologi makin maju dan memudahkan kehidupan seharian manusia. Pada 4 tahun lalu, pemasangan ‘Smart Meter’ di Melaka telah menjadi topik hangat netizen dimana inisiatif ini dilihat sedikit sebanyak memberikan kebaikan kepada penggunanya. Untuk pengetahuan anda, pemasangan ‘Smart Meter’ di seluruh Malaysia oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) adalah sebahagian daripada inisiatif kerajaan untuk menambahbaik kehidupan pengguna melalui penyediaan akses,... Klik sini untuk baca artikel penuh. Sumber:

today22 February 2021