4 Februari setiap tahun menjadi hari sambutan Hari Kanser Sedunia.
Tarikh tersebut disambut untuk mengajak orang ramai menyokong serta sama-sama mengambil bahagian dalam usaha mencegah dan mengawal penyakit kanser.
Pada 4 Februari 2021, pelakon dan penyanyi Elyana telah memuat naik satu hantaran di Instagram miliknya bersempena hari tersebut.

Sebagai salah seorang penghidap kanser, Elyana terpanggil untuk berkongsi kata-kata semangat.
Beliau menulis pada ruangan caption:-
“Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi biar terjadi
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua kan baik-baik sajaBila ketetapan tuhan sudah ditetapkan
Tetap lah sudah
Tak ada yang bisa merubah
Dan tak akan bisa berubahSelamat Hari Kanser Sedunia!!!!
Keep Fighting!!!!! ???”
Kuat betul Elyana ni walau dalam keadaan sakit.
Dalam pada itu, ramai yang turut memberi kata-kata semangat pula untuk beliau.
Keep fighting Elyana!
Baca artikel berkaitan: Tidak Mahu Disimpati Kerana Kanser, Elyana Hanya Inginkan Doa Buat Dirinya
Sumber: Instagram Elyana