Hot FM

Mahu Ajar Sayangi Alam Sekitar, Saharul Ridzwan Bawa Anak Berkebun

Baru-baru ini pelakon terkenal, Saharul Ridzwan memuat naik foto beliau bersama anaknya, Muhammad Luth Ali di kebun.

Melihat kepada perkongsian itu, rupanya Saharul mengajar anaknya berkebun sambil mengenali tumbuh-tumbuhan. Wah bestnya!

“Berkebun dengan anak jap dekat Kebun Tok Abah. Hari ni ajar dia tentang sayang pokok dan tumbuhan. Semuanya makhluk Allah. Kena ikhlas sayang semua makhluk Allah, barulah semua orang sayang kita. Walaupun dia tak berapa faham, saya doa supaya Allah terangkan hati dia utk faham. InShaaAllah ❤️
.
Selain bercucuk tanam, ada cadangan aktiviti apa lagi boleh buat bersama keluarga tak? Share jap ?”

Menurut kapsyen yang ditulis oleh Saharul, beliau mahu mengajar anaknya bahawa tumbuh-tumbuhan, pokok, haiwan adalah makhluk Allah yang perlu disayangi.

Dalam pada itu, sempat juga Saharul bertanyakan kepada pengikutnya di laman Instagram untuk mencadangkan aktiviti apa lagi yang sesuai untuk dilakukan bersama keluarganya.

Sumber ; Instagram Saharul Ridzwan

Baca artikel berkaitan : Tidak Salah Mohon Pertolongan Isteri, Saharul Ridzwan Beri Tips Untuk Golongan Suami

Exit mobile version