Penghijrahan selebriti Noor Neelofa dengan memakai niqab adalah seiring dengan perubahan dirinya yang lebih mendalami ilmu agama.
Platform media sosial digunakan beliau sebaiknya untuk berkongsi ilmu dengan para pengikutnya.
Terbaharu pada pagi Jumaat 22 Januari 2021, Neelofa telah berkongsi tentang ilmu berkaitan penekanan untuk solat di awal waktu melalui Telegramnya.
Beliau menulis:-
“Salam Jumaah barakah ?
Nak share sikit tentang solat. Dan penekanan kepada solat di awal waktu. Ni adalah peringatan untuk diri saya sendiri yang harus sentiasa berusaha utk kekal berdisiplin kerjakan solat di awal waktu.”
Peringatan yang juga ditujukan untuk diri beliau itu memberitahu tentang pentingnya usaha dan disiplin untuk amalan wajib seharian tersebut.
Neelofa turut berkongsi 5 keistimewaan buat mereka yang menjaga solat di awal waktu.

Semoga ilmu yang disampaikan Neelofa ini dapat diamalkan bersama.
Baca artikel berkaitan: Teruskan Perniagaan Yang Diusahakan Bersama PU Riz, Neelofa Dilihat Kembali Memakai Cincin
Sumber: Telegram dan Instagram Neelofa