Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

Netizen Ambil Langkah Berani Tegur Posting Permaisuri Agong Banyak Typo, Ini Reaksinya

today16 March 2021

Background

Kepada anda yang mengikuti perkembangan Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di laman Instagram pasti mengetahui baginda gemar memasak.

Terbaharu, beliau telah berkongsi satu resipi iaitu otak-otak Siam yang telah diolah namanya kepada otak-otak Johor.

Menurut baginda, ia adalah makanan yang dimakan sejak baginda kecil lagi dan ia bukanlah botok-botok malah makanan berkenaan adalah resipi dari Istana Johor.

Menjengah ke ruangan komen, ada yang menegur bahawa permaisuri banyak melakukan kesalahan ejaan, namun beliau memahami perkara yang ingin disampaikan oleh baginda.

Menyedari kesilapan berkenaan, permaisuri agong segera menukar setiap kesalahan ejaan tersebut dan ini reaksinya membalas individu terbabit.

“Dah edit.. ibu jari besar, keyboard nya kecil,” tulisnya

Apa-apa pun, semua makanan yang dimasak oleh permaisuri nampak sedap belaka, malah baginda berbesar hati berkongsi resipi bersama rakyat.

Semoga permaisuri sekeluarga dimurahkan rezeki dan sentiasa dalam keadaan baik..

 

Sumber foto: Instagram Air Tangan Tunku Azizah

Written by: Azra Azuar


Previous post

doc7bqkbjnopkl13tgl48ny

Sosial

Gagal Imbas Kod MySejahtera, Pelajar Tingkatan Lima Di Melaka Dikompaun RM10,000

Jika sebelum ini tular isu pekedai dikompaun gara-gara membuka pelitup muka sewaktu sedang minum air ketika ketiadaan pelanggan, kini isu melibatkan kompaun sekali lagi berulang di Melaka. Berlaku di sebuah kedai runcit di Batu Berendam, Melaka seorang remaja berusia 17 tahun telah dikenakan kompaun sebanyak RM10,000 kerana gagal mengimbas kod QR melalui aplikasi MySejahtera. Gambar sekadar hiasan. Sumber: Focus Malaysia Lebih menyayat hati, beliau yang pada ketika itu dalam keadaan... […]

today16 March 2021