Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

“Puasa Kena Penuh” Kembali Ke Malaysia, Syed Saddiq Gembira Walaupun Kena Kuarantin

today13 April 2021

Background

Semenjak kelibatnya tidak dilihat di Muar selepas melanjutkan pelajaran di Universiti Nasional Singapura (NUS) dalam Polisi Awam Sekolah Lee Kuan Yew, bekas Menteri Belia dan Sukan iaitu Yang Berhormat Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini dilihat sudah kembali ke tanah air.

Menurut posting terbaharunya di laman Instagram, Saddiq memaklumkan beliau sudah sampai di Malaysia pada 10 April yang lalu namun masih lagi dalam tempoh kuarantin kendiri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq)

Seperti biasa, beliau sememangnya terkenal sebagai seorang ahli parlimen yang gemar membuat video bagi mendekatkan diri dengan rakyat.

Disebabkan itu, beliau telah memuat naik satu video pendek bagi melahirkan rasa syukurnya apabila dapat menyambut Ramadan di sini.

Lebih menarik lagi, beliau masih mengekalkan identiti dengan merakam video sambil mendekatkan wajahnya di kamera.

Nasib baik YB masih ingat cara buat video ya, lama tak tengok video rakaman dekat yang sebelum ini menjadi sebutan ramai.

Untuk maklumat lanjut, beliau juga telah mendermakan sebanyak RM50,000 termasuk gajinya selama sebulan bagi tujuan kebajikan bagi diagihkan kepada rakyatnya di Muar, Johor.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq)

Semoga semua usaha baik Syed Saddiq akan dipermudahkan selepas ini!

Sumber foto dan video: Instagram Syed Saddiq

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

BeFunky-collage

Sosial

Boleh Dapat iPhone 12 Dengan Hanya ‘Online Shopping’? Ini Caranya

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET Membeli belah secara online sudah menjadi norma baharu dalam kehidupan. Asalkan ada capaian internet, apa sahaja barangan dipesan akan tiba di hadapan rumah tanpa perlu anda keluar rumah pun. Bagaimana kalau kami kata anda boleh menang iPhone 12 dengan online shopping barangan yang anda suka? Nampak macam scam tetapi ia benar-benar terjadi! Sepanjang 22 Mac hingga 2 Mei […]

today13 April 2021