Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

Sanggup Berhujan, Pengorbanan Ustaz Ebit Lew Bantu Peniaga Bazar Ramadan Terus Dipuji Ramai

today15 April 2021

Background

Seperti yang kita maklum, pada 13 April lalu iaitu Ramadan pertama telah menyaksikan banyak lokasi di Lembah Klang mengalami perubahan cuaca mendadak apabila hujan turun dengan begitu lebat bersama dengan guruh dan angin kencang.

Disebabkan itu, ramai peniaga di bazar Ramadan turut terjejas apabila barangan jualan mereka rosak akibat dibadai angin dan hujan lebat.

Salah satu lokasi bazar yang terjejas ialah bazar Ramadan Seksyen 1, Wangsa Maju yang mana menyaksikan khemah di sebuah gerai menjual makanan telah terbalik sehingga menyebabkan barangan jualan bersepah di atas jalan.

Satu tindakan pantas telah dibuat oleh penceramah terkenal iaitu Ustaz Ebit Lew apabila beliau dengan segera telah turun padang dan membantu sendiri peniaga yang terjejas akibat kejadian tempoh hari.

Beliau telah memborong banyak barangan jualan daripada peniaga di sana dalam usaha untuk membantu mereka meringankan beban.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

“Sebak sayu rasa hati semalam bila tengok khemah makcik jual Yong Tau Fu di Wangsa Maju runtuh rosak diterbangkan angin waktu hujan ribut kuat semalam. Baru hari pertama berniaga. Semuanya rosak. Dekat Rm800 juga semuanya modal. Berat ujian mereka.”

Dalam masa yang sama, beliau turut sempat menyerahkan sebanyak tujuh khemah baharu kepada para peniaga yang terjejas bagi membantu mereka meringankan beban.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Video yang dimuat naik sendiri oleh Ustaz Ebit telah menerima banyak pujian tanpa putus daripada pengikutnya sendiri.

Beliau  dilihat sanggup berhujan demi membantu sendiri para peniaga di sana.

Dengan keberkatan bulan Ramadan ini, semoga rezeki Ustaz Ebit akan terus dipermudahkan!

Sumber foto dan video: Instagram dan Facebook Ustaz Ebit Lew

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

Sosial

[VIDEO] Lelaki Syok Tidur Dalam Kenderaan Awam, Sekali Tak Sedar Terlentok Atas Bahu Orang

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki begitu nyenyak tidur di dalam sebuah kenderaan awam.Difahamkan sebelum itu, rakannya duduk di sebelah lelaki berkenaan sebelum memberikan tempat duduk kepada seorang wanita. Malah, lelaki itu dilihat tertidur sehingga menyandarkan kepalanya di bahu wanita berkenaan.Apa yang lebih melucukan dia terpaksa dikejutkan oleh rakan-rakannya yang lain sebab rakannya ingin memberitahu siapa yang berada di sebelahnya.Tidak lama selepas itu, lelaki... Klik sini untuk baca artikel penuh. […]

today15 April 2021