Tarikh 8 Mac setiap tahun menjadi hari istimewa untuk para wanita kerana ia merupakan Hari Wanita Sedunia.
Bersempena hari itu, pelakon Norman Hakim telah membuat satu hantaran di Instagram miliknya pada 8 Mac 2021.
Hantaran tersebut adalah berbentuk ucapan daripada Norman untuk dua orang wanita penting dalam hidupnya iaitu isterinya, Memey Suhaiza dan juga bekas isteri, Abby Abadi.
Walaupun Abby bukan lagi isterinya, namun beliau adalah orang penting kerana merupakan ibu kepada anak-anaknya.
Tambahan lagi, hubungan kekeluargaan antara Norman dan Memey, serta Abby dan suaminya Faizal adalah sangat akrab.
Melalui caption:-
“SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA khas buat korang wanita2 hebat diluar sana & yang kat kiri kanan saya ni!?”
Sementara itu di ruangan komen, para peminat juga ada meninggalkan pendapat mereka.

Kami di Hot FM juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Wanita Sedunia buat para wanita hebat di luar sana!
Baca artikel berkaitan: Versi Berbeza Bagi Takdir Yang Tertulis, Norman Hakim Berterima Kasih Buat Memey, Abby Dan Jai
Sumber: Instagram Norman Hakim