
PETALING JAYA: Mewujudkan suatu talian penting atau ‘hotline’ untuk tangani masalah buli belum memadai untuk mewujudkan persekitaran selamat, menurut Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK).
Presiden Syahril Ahmad Sofian mengingatkan bahawa buli, yang terbit antara lain daripada anggapan bahawa sesuatu perkara boleh diselesaikan secara ganas, bukan perkara baharu malah telah ‘berakar’.
“Idea bagus cuma keperluan dan fungsi perlu dilihat lebih jelas daripada sekadar portal dalam talian untuk laporkan kes buli.
“Saya tak nak ia fungsi tak ada beza dengan melaporkan kepada polis dan sebagainya,” katanya kepada FMT.
Bagi Syahril, institusi pengajian tinggi perlu menerapkan suatu etika yang menolak keganasan sebagai cara menyelesaikan masalah, namun itu juga belum memadai.
Tegasnya, langkah menangani buli…