Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Hancur Kaki Kerana Bom, Kanak-Kanak G4z4 Kini Berkesempatan Main Bola Keranjang Bersama Ustaz Ebit Lew

today30 June 2021

Background

“Ya allah terpancar keceriaan kat wajah diorang tu tengok ada yang datang membantu…? ?”

Insan mana yang tidak akan mengukirkan senyuman jika bertatapan mata dengan pendakwah mulia ini, dikenali dengan peribadi yang begitu baik di tanah air kini kanak-kanak G4z4 juga turut disapa dan dilayani seperti anak-anak sendiri.

Hanya kerana sifat dusta oleh tangan-tangan nangsi yang menggugat ketenteraman negara tercinta, yang menjadi mangsa adalah anak-anak yang tidak bersalah terpaksa menjalani hidup tanpa anggota tubuh badan yang lengkap seperti kaki dan tangan.

Terbaharu, memuat naik hantaran di laman Instagram, Ustaz Ebit Lew berkongsi suasana pilu yang dilawatnya ketika berkunjung ke perkarangan bangunan yang dahulunya megah berdiri kini hancur menjadi batu jalanan.

Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew berkongsi keadaan sebenar masyarakat Pal3stin yang terpaksa menjalani sisa-sisa hidup dengan penuh kesabaran kerana mengetahui kemenangan mereka pasti kelak dijulang diakhirat nanti.

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Hantaran yang dimuat naik itu menggambarkan beribu insan yang terpaksa kehilangan rumah serta tempat tinggal, apatah lagi orang tersayang.

“Anak-anak disini susah. Dibom pula. Adik ni semua sentiasa tersenyum. Tapi bila ditanya tentang kaki atau bom. Ada yang senyum dan ada yang menangis. Sayu menceritakan apa yang berlaku. Allahuakbar ramai tiada kaki. Ada 3 beradik tiada kaki.”

Mengetahui bahawa bukan mudah untuk meneruskan sisa kehidupan tanpa anggota tubuh badan yang lengkap, anak-anak syurga ini telah dihadiahkan segala keperluan lengkap yang diperlukan seperti kerusi roda, hadiah dan duit sumbangan.

“Masa berbual dan bermain bola keranjang. Ceria jer semua. Macam dah lama kenal. Semua hensem dan cantik. Ramai pakai kaki palsu..”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa sebak dan tersentuh apabila melihat mangsa-mangsa kekejaman rejim Zionist ini.

Pada 28 Jun, sumber berita telah melaporkan rombongan Ebit berjaya memasuki Gaza bagi menjalankan misi bantuan kemanusiaan.

Menerusi satu hantaran Ebit Lew di laman Instagram, beliau memaklumkan rombongannya merupakan kumpulan pertama yang dibenarkan masuk melalui Pintu Rafah selepas serangan baru-baru ini.

Walau bagaimanapun, segala butiran lengkap keberadaan pendakwah ini dikatakan tidak boleh sewenang-wenangnya didedahkan kerana boleh menimbulkan pelbagai musibah serta serangan daripada pihak lain.

Oleh, itu marilah kita berdoa agar segala urusan Ustaz Ebit Lew sentiasa dipermudahkan dan berjaya pulang dengan selamat setelah misi selesai dijalankan.

Ditulis Oleh: Puteri Haideera Zuraidi

Sumber: Instagram Ustaz Ebit Lew

Written by: Azra Azuar


Previous post