Hot FM

3 Bulan Bergelar Ibu, Farah Nabilah Akui Lebih Fokuskan Anak Berbanding Diri Sendiri

Bergelar seorang ibu bukan satu tugas yang mudah, namun ia memberi kepuasan dan kebahagiaan yang tersendiri.

Itu yang dilalui pelakon cantik Farah Nabilah setelah 3 bulan bergelar seorang ibu.

Beliau memuat naik satu hantaran di Instagram miliknya pada 4 Februari 2021.

Farah menulis:-

“Dre dah 3 bulan and I realised that dah 3 bulan tak kesah pasal diri sendiri. I focused on my son 24/7. I guess it’s because it’s my firstborn, I got attached.” 

Beliau menyedari, tempoh 3 bulan setelah bergelar ibu kepada Andre Omar membuatkan dirinya lebih prihatin dengan keadaan anak berbanding dirinya sendiri.

Farah mengakui tugas sebagai seorang ibu tidaklah mudah, bagaimanapun beliau tetap menyukainya:-

“I love being a mother, I don’t feel like it’s a chore or a burden but with that being said, still.. it’s not easy, it’s still a tough job. You’ll lose yourself & you’ll learn to lower your expectations about what you can accomplish in a day. Some days it will be all you can do to keep your baby safe, warm, fed and loved.
& I think, thats more than enough. Kan ?”

Disebabkan itu, Farah benar-benar lebih memahami istilah “syurga di bawah tapak kaki ibu”:-

“Now I finally, TRULY understand why syurga dekat bawah tapak kaki ibu. (Kalau tau ni dari kecik tak sanggup nak derhaka dekat Umi ?)

So cheers to all mommies out there.
Life is tough, but we are tougher ! ?”

Dalam pada itu, perkongsian Farah ini dipersetujui ramai.

 

Baca artikel berkaitan: Pakaikan Reben Pada Bayi, Farah Nabilah Anggap Ia Hadiah Terbaik Ulangtahun Perkahwinan

Sumber: Instagram Farah Nabilah 

Exit mobile version