Pada waktu pandemik ini, banyak jiwa yang rasa terganggu akibat bermacam-macam dugaan dan ujian hidup.
Semakin hari, ada banyak berita tentang masalah kemurungan yang melanda diri ramai rakyat Malaysia disebabkan situasi pada masa kini.
Sebagai seorang selebriti yang mempunyai ramai pengikut muda di laman Instagram, Fimie Don telah mengambil keputusan untuk kongsikan kata-kata semangat untuk mereka.
“3 cara ambil nyawa sendiri tanpa rasa sakit. Kau okay tak Kau penat? Aku pun, tapi ni lah kehidupan. Jadi kawan aku, cerita dekat aku masalah kau, cerita dekat Tuhan masalah kau. Jangan lah pergi.”
View this post on Instagram
Walaupun kata-kata itu nampak simple dan tidak membawa apa-apa maksud kepada sesetengah orang tetapi hakikatnya ia telah membuatkan banyak jiwa yang berasa lega.
Ramai meninggalkan komen berbunyi penghargaan dan terima kasih kepada Fimie atas kata-katanya itu kerana ada antara mereka berasa sedikit lega dengan video tersebut.
“Aku tidak mendorong mahu pun mengajak sesiapa sahaja untuk melakukan perbuatan terkutuh itu, mengambil nyawa itu kerja tuhan. terlalu ramai sahabat, saudara kita mengambil alih kerja tuhan, mungkin mereka tidak punya bahu untuk menumpang kasih, jangan bimbang. aku ada.”
Realiti kehidupan masa kini membuatkan ramai yang tidak mampu untuk meneruskan kehidupan tetapi percaya lah bahawa kata-kata semangat dapat memberi banyak makna dalam diri seseorang.
Ingat, jika nampak orang terdekat dengan kita sedang mengalami masalah, hulurkan lah telinga dan bahu kepadanya agar dia mampu untuk meluahkan rasa penat itu.
Sumber foto dan video: Instagram Fimie Don