Semakin hari semakin manis, genap 4 tahun melayari bahtera rumahtangga, pelakon dan model terkenal iaitu Nora Danish menyambut ulangtahun perkahwinannya bersama suami, Nedim Nazri Aziz ataupun lebih mesra dipanggil Bossned pada tanggal 30 Mac.
Pelakon jelita itu turut memuat naik satu hantaran berserta kapsyen romantis di laman Instagram miliknya :
View this post on Instagram
“4th year together as husband & wife,
kita still maintain lockscreen wallpaper handphone gambar together,
kira power la baby. Heheh ?Thank u sayang for coming into my life ,
and bring me so much happiness ❤️
I truly appreciate it.
I love how u take care of me,
How u keep working to be a better man,
Even on days i fail to be a better woman ?Our journey isn’t perfect sayang,
But its OURS kan….,
And ill stick with you untill the END.
InsyaAllah.You know what i admire ?
The fact u cud take me as i am.Happy 4th Year Anniversary Mi amor!
Thank u , & continue jaga lah lagi diriku ini.
Hehehehe…. mwahhhhhh!”
Menulis di ruangan kapsyen, Nora meluahkan rasa syukur diberi suami yang bertanggungjawab dan sentiasa menerima dirinya seadanya.
Malah Nora juga mendedahkan, walaupun sudah 4 tahun berkahwin, beliau dan Bossned masih lagi mengekalkan tradisi memakai wallpaper gambar mereka berdua sehingga kini.
Mungkin bagi sesetengah orang di luar sana perkara itu adalah perkara remeh, tetapi tidak buat Nora.
Untuk rekod, Nora dan Bossned diijabkabulkan pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Mohamed Neqayl Nedim.
Selamat ulangtahun perkahwinan dari kami di Hot FM!
Sumber : Instagram Nora Danish
Baca artikel berkaitan : Berlakon Babak Berkahwin Bersama Nora Danish, Tapi Songkok Syafiq Kyle Pula Dapat Perhatian