Sudah setahun COVID-19 menyerang dunia, sehingga kini virus tersebut masih lagi bebas berkeliaran menyerang manusia dan disebabkan itu lah kita semua dinasihatkan untuk menjaga diri supaya dapat elak daripada menjadi salah seorang pesakit virus menakutkan itu.
Virus tersebut tidak memilih bulu yang mana sesiapa sahaja berkemungkinan dijangkiti, tidak kira rakyat biasa, orang kenamaan, golongan selebriti atau golongan ‘kayangan’ sekali pun.
Terdapat beberapa selebriti Malaysia turut disahkan positif COVID-19 semenjak tahun lalu dan syukur alhamdulillah mereka semua sudah sembuh dan bebas daripadaa virus tersebut, jom kita tengok siapa selebriti tersebut!
ASHRAF MUSLIM
Pelakon Ashraf Muslim mula dijangkiti virus tersebut selepas beliau kembali dari Inverness, Scotland bagi menjalani penggambaran drama bersiri di sana. Beliau dijangkiti pada 12 April 2020 yang mana ketika itu beliau masih mendiamkan diri dan tidak memberikan sebarang kenyataan akibat masih rasa terkejut dengan apa yang terjadi. Namun akhirnya Asyraf berjaya sembuh pada sekitar 7 Mei.
PUTERI AISHAH
Puteri yang juga baru pulang dari Inverness, Scotland turut disahkan positif COVID-19 bersama dengan Ashraf Muslim. Ketika dirawat, Puteri mengalami jangkitan di paru-paru tetapi itu tidak membuatkan Puteri terus kuat melawan virus dan kini beliau telah sembuh sepenuhnya!
EMMA MAEMBONG DAN SUAMI
Luar biasa, kuasa Tuhan itu tiada batasan apabila Emma Maembong dan suami disahkan positif COVID-19, tetapi anaknya yang baru berusia tiga bulan itu langsung tidak dijangkiti virus tersebut. Emma turut meluahkan rasa syukurnya apabila mendapat tahu bahwa Shariq Gabriel selamat.
ALIF SATAR
Berita tentang Alif Satar itu telah membuatkan ramai terkejut dan sekali gus menimbulkan kegusaran banyak pihak. Ketika disahkan positif COVID-19, Alif sedang menjalani penggambaran drama Penjara Janji dan beliau juga menjadi salah seorang pengacara bagi Semi Final Muzik Muzik Ke-35 (SFMM35). Beliau telah menjalani kuarantin di Hospital Melaka dan sempat merakam aktivitinya ketika bergelar pesakit COVID-19.
SWEET QISMINA
Selepas mengalami sesak nafas dan hilang deria rasa, pelakon Sweet Qismina disahkan menghidapi COVID-19 pada 20 April lalu. Ketika itu Sweet berada di Kuala Kangsar bagi menjalani pengambaran filem Tariandi dan beliau telah dihantar ke Pusat Kuarantin Taiping. Walaupun mengalami kesukaran mental dan fizikal ketika di sana tetapi Sweet tetap mampu untuk berjuang melawan sakit.
Semoga kita semua dijauhkan daripada sebarang penyakit berbahaya!
Sumber foto: Instagram Ashraf Muslim, Puteri Aishah, Emma Maembong, Alif Satar dan Sweet Qismina