Jika anda mengenali pendakwah bebas Haris Ismail atau PU Riz, pasti terbayang imej dirinya yang menjurus kepada keagamaan.
Namun ada sisi comel suami kepada selebriti terkenal Noor Neelofa itu apabila beliau memuat naik satu hantaran yang agak berbeza di Instagramnya.
Baca artikel berkaitan: “Nape Sedih Ustaz…” Muat Naik Caption “Berharap”, Netizen Doakan Harapan PU Riz Termakbul
Sehinggakan, ada yang mengira akaun Instagramnya telah digodam.
Perkongsiaan tersebut telah disertakan dengan lagu nyanyian Bruno Mars berjudul Leave The Door Open.
Bagaimanapun, ia bukanlah sesuatu yang salah cuma ia sekadar dilihat berbeza berbanding perkongsian beliau yang lain di media sosial sebelum ini.
Dalam pada itu, ada peminat yang merasakan bahawa PU Riz kelihatan seperti bakal bergelar bapa.
Eh, betul ke?
Jika ia benar maka berita ini adalah satu perkara yang baik.
Namun, kebenarannya biarlah disampaikan oleh pasangan Neelofa dan PU Riz, barulah sahih, kan?
Sumber: Instagram PU Riz