Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Akhirnya Bersatu, Risteena Kini Sah Jadi Milik Isa Khan

today12 March 2021

Background

Selepas hampir dua tahun mengenali hati budi masing-masing, akhirnya kini menemui jalan bahagia apabila pelakon Nur Risteena Munim kini sah menjadi isteri kepada jejaka kacak Isa Khan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Risteena Munim (@nur_risteena)

Pasangan itu telah dinikahkan pada pagi Jumaat 12 Mac yang penuh barokah ini dengan penuh ringkas tetapi bermakna.

Risteena dan Isa kelihatan serasi bersama dengan busana berwarna putih suci ketika dinikahkan di sebuah masjid di Putrajaya.

Lebih menarik lagi apabila Isa sempat menghasilkan lagu khas untuk isterinya itu yang diberi tajuk Karunia Terhebat.

Pasangan ini telah menjalin cinta selepas masing-masing mula jatuh hati ketika pengambaran sebuah drama tempatan.

Difahamkan pasangan ini sepatutnya bernikah pada November tahun lalu tetapi disebabkan pandemik COVID-19, majlis itu terpaksa ditangguhkan pada 12 Mac.

Kami dari Hot FM mengucapkan ribuan tahniah kepada Risteena dan Isa, semoga perkahwinan yang dibina berkekalan hingga ke Jannah!

Sumber foto dan video: Instagram Risteena

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

BeFunky-collage (24)

Sosial

Pernah Menjadi Kompleks Beli-Belah, Kini Bangunan Ini Diubah Menjadi ‘Apartment’ Mewah

Sebelum ini, pusat beli-belah eCurve Mutiara Damansara yang sudah lama beroperasi di Lembah Klang dilaporkan tutup sepenuhnya bermula 31 Mac ini setelah dilaporkan menerima pelanggan yang kurang sejak pandemik COVID-19 tiba. Namun bukan sahaja eCurve bahkan pusat beli-belah di negara lain juga dilaporkan terpaksa ditutup. Siapa sangka, pusat beli-belah tertua di Amerika Syarikat iaitu Arcade Providence yang dahulunya terpaksa ditutup, kini dibangunkan semula menjadi sebuah kediaman... Klik sini untuk baca […]

today12 March 2021