Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

‘Aktif’ Menari Di TikTok Sebagai Platform Senaman, Netizen Doakan Semoga Ain Edruce Mudah Bersalin

today12 April 2021

Background

“Bukan Orang tua dulu-dulu pernah cakap ke time ngandung ni lah kau kena banyak gerak nanti esok-esok nak beranak lancar. Bagus lah tu dia bersenam awal-awal”

‘Masuk air!’ itulah sifat dan perwatakan lucu yang sering dikenakan sebagai ‘nama jolokan’ buat pengacara serta pelawak terkenal, Ain Edruce yang gemar berkongsi content hariannya menerusi media sosial.

Menyifatkan dirinya sebagai seorang yang ceria dan periang, Ain Edruce telah memuat naik satu perkongsian video menari di akaun TikTok miliknya serta telah meraih sebanyak 12 ribu tanda suka dan menerima lebih dari 3 ribu komen yang ditinggalkan.

 

“I know you buat untuk happy, tapi lindungilah dirimu…Jangan berjoget sangat, jaga kandungan awak. No hate, tegur”

Jika dilihat dari sudut yang positif, rata-rata komen yang ditinggalkan adalah berbentuk nasihat dan teguran buat pengacara tersebut.

Ain Edruce yang juga mengaku dirinya sudah menginjak ke fasa ketiga trimester iaitu hamil di minggu ke 34, beliau tetap kekal cergas dan giat berkongsi video-video harian yang dilakukan oleh dirinya bersama suami kepada peminat-peminat kesayangannya.

Selain bakal menjadi ibu tidak lama lagi, pengacara ini juga merupakan seorang Youtuber yang sering berkongsi content-content menarik dan kelakar di akaun Youtube miliknya.

Menerusi satu temu bual yang dijalankan oleh pihak Melodi bersama Ain Edruce, beliau menjelaskan bahawa tindakan beliau dalam memuat naik sebarang video menari di TikTok itu adalah merupakan salah satu sumber senaman buat beliau untuk kekal aktif dan lincah dalam memudahkan proses bersalinnya nanti.

Walau bagaimanapun, peminat-peminat Ain Edruce tetap terhibur dengan reaksi yang dipamerkan oleh suaminya, Amirul Hafiz dalam melayani ‘kerenah’ seorang isteri.

Seronok tengok pasangan bahagia ini! Rata-rata komen yang ditinggalkan juga menitipkan doa buat pengacara ini agar kesihatan dan kesejahteraan artis kegemaran mereka itu kekal dan dipermudahkan segala urusan bersalinnya kelak.

Ditulis Oleh: Puteri Haideera Zuraidi

Sumber: TikTok Ain Edruce

Written by: Azra Azuar


Previous post

Sosial

Dituduh ‘Penunggang Agama’ Isu Selipar Muslim Friendly, Ustazah Asma Harun Tampil Jelas Perkara Sebenar

Isu & Kontroversi Sebelum ini, difahamkan Ustazah Asma Harun mengeluarkan pendapatnya susulan satu produk ‘Muslim Friendly’ yang dipasarkan oleh seorang pengacara terkenal. Malah, disebabkan beberapa tajuk penulisan berita yang telah menjadi tumpuan ramai, penceramah bebas itu turut mendapat tempias sebagai ‘penunggang agama’. Ustazah Asma Harun menerusi satu kenyataan di laman Facebook tampil memberi respon dan menjelaskan perkara sebenar. Tambahan, dia turut menafikan segala... Klik sini untuk baca artikel penuh. Sumber:

today11 April 2021