Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

“Aku Belum Mati!” Gurauan Ismail Izzani Lain Macam, Video Zynakal Bikin Peminat Terkejut!

today5 April 2021

Background

Siapa yang tak terkejut kalau tiba-tiba tengok video yang dimuat naik oleh penyanyi Ismail Izzani ni, auto heart attack tau!

Agak-agak kalau korang sendiri yang tengok video tu tanpa berfikir panjang, apa yang terlintas di fikiran?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @ismailizzani_

Ismail atau lebih mesra dengan panggilan Mael itu ada memuat naik satu video menunjukkan penyanyi Zynakal sedang tidur sambil memakai earphone.

Ditambah pula video tersebut disunting menjadi warna hitam putih seolah-olah menyampaikan video sedih, ditambah pula dengan caption pada video dan posting tersebut membuatkan peminat berfikir adakah Zyn sudah meninggal dunia?

Kebanyakan komen yang ditinggalkan oleh pengikut Mael rata-ratanya terkejut dan turut terhibur melihat video tersebut.

Nasib baik tak ada yang salah faham, takut nanti satu hal pula nak kena explain banyak benda dekat peminat.

Harapnya semua boleh bertenang lah ya dengan video tersebut, Zyn masih lagi sihat dan itu hanya gurauan semata-mata.

Kepada yang tidak tahu, Mael dan Zynakal merupakan sahabat baik dan tidak keterlaluan jika mereka berdua ini mempunyai hubungan rapat seperti keluarga angkat.

Sumber foto dan video: Instagram Ismail Izzani

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

skynews-egypt-mummies_5329191

Sosial

Sebagai Tanda Hormat, Kerajaan Egypt Adakan Perarakan Mewah Untuk 22 Mumia Firaun Diraja

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET Perarakan secara besar-besaran membawa 22 mumia kerajaan Mesir kuno dalam kapsul khas di ibu negara Kaherah ke muzium baru pada hari Sabtu yang lalu telah menimbulkan rasa seram dan takjub para orang ramai. Konvoi panjang itu telah membawa 18 raja dan empat ratu yang kebanyakannya berasal dari Kerajaan Baru Mesir Kuno. Perarakan berlangsung dari Muzium Mesir di Tahrir […]

today5 April 2021