Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Akui 2021 Tahun Yang Mencabar, Ara Johari Sambut Hari Jadi Berseorangan Dalam Gelap

today27 June 2021

Background

Penularan wabak COVID-19 telah banyak merubah hidup ramai orang.

Antara yang paling ketara adalah apabila rakyat Malaysia terpaksa mematuhi larangan merentas negeri untuk mengelakkan jangkitan wabak tersebut.

Oleh itu, pertemuan antara keluarga sudah tidak seperti keadaan ketika kehidupan tanpa COVID-19.

Mengakui 2021 sebagai tahun yang sangat mencabar, penyanyi Ara Johari meluahkan rasa hatinya bersempena ulangtahun kelahiran beliau yang ke-24.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ara Johari (@arajohari)

Baca artikel berkaitan: Menjerit Beberapa Kali Ketika Menerima Suntikan Vaksin, Ara Johari Dedahkan Sebabnya

“Tahun ini tahun yang sangat mencabar bagi ara . Tak boleh beraya dengan family , tak boleh nak celebrate birthday dengan family . And ara harap tahun ni adalah tahun terakhir untuk kita lawan Covid19 ni sama sama .
Selamat Hari Lahir Nurfarrah Izzatie Binti Johari yang ke 24 tahun ?
Semoga menjadi anak yang baik dan berbakti kepada ibu bapa ?”

Video yang dimuat naik melalui akaun Instagram beliau menunjukkan Ara yang berada dalam gelap dan hanya diterangi oleh sebiji scented candle.

Penyanyi itu kemudiannya menyanyikan lagu hari jadi buat dirinya sendiri lalu meniupkan lilin berkenaan.

Ara berkata, beliau berharapa agar 2021 menjadi tahun terakhir untuk negara menghadapi COVID-19.

Ini kerana impak wabak tersebut sangat besar dan menjejaskan ramai orang.

Sementara itu melalui ruangan komen, Ara menerima banyak ucapan hari jadi daripada rakan-rakan selebritinya.

Usah bersedih Ara, kami di Hot FM juga ingin mengucapkan happy birthday to you!

 

Sumber: Instagram Ara Johari

Written by: Hasanah Yusof


Previous post