Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Akui Senang Bekerja Dengan Awal Ashaari, Elly Mazlein Dedah Perangai Sebenar Beliau Di Belakang Tabir

today26 February 2021

Background

Nama pelakon dan pengacara Elly Mazlein sudah tidak asing lagi dalam dunia seni hiburan.

Boleh dikatakan apa sahaja yang dilakukan oleh beliau, pasti menjadi perhatian warganet dek kerana sikapnya yang lucu dan disenangi ramai.

Elly Mazlein Menangis, Bakal Suami Hadiahkan…

Terbaharu, Elly Mazlein atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina binti Syed Hanafi memuat naik satu hantaran di laman Instagramnya mendedahkan bahawa dia senang bekerja dengan pengacara terkenal Awal Ashaari.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ?SaraAzlan? (@iamellymazlein)

Menurut Elly atau lebih mesra dipanggil Kak Lina Pom Pom, dia senang bekerja dengan Awal kerana beliau banyak membantu dirinya dalam dunia industri hiburan.

“Syg dkat dia ..dlm bekerja dia byk mmbantu kak lina .. di luar kerja, dialah sahabat yg sedia jd pendengar.. bkn tu aje …Dia sgt pemurah ,suka jamu kami mkn dan yg paling penting kerja dgn Insan yg bernama Awal sgt la terbest … @awalashaari tq tq tq .. moga ada rezki kite kerjasama lg ya”

Malah, jika di luar juga Awal adalah seorang sahabat yang setia mendengar segala permasalahan pelakon tersebut.

Rugi RM100,000 Dan Didakwa Memfitnah, Awal Ashaari Mahu Bersemuka Dengan Kontraktor

Bukan sahaja pemurah, Awal adalah seorang rakan yang baik, dedah Kak Lina Pom Pom.

Dalam pada itu, pelakon tersebut juga meluahkan hasrat agar dapat bekerjasama bersama Awal lagi di masa akan datang.

Mengikuti perkembangan terbaharu Kak Lina Pom Pom, beliau kini sedang sibuk mengacarakan program TV terbaharu bersama Awal dan juga mempromosikan lagu single baharunya berjudul Dusta Cinta.

Sumber : Instagram Elly Mazlein

Baca artikel berkaitan : “Saya Sebagai Mak Hidup Tertekan…” Elly Mazlein Dedah Perasaan Di Instagram

Written by: Fieyna Azman


Previous post

siakap-keli-thumbnail-2021-02-26T095607.522

Sosial

Simpan Wang Berguni-Guni, Warga Emas Ini Panggil 16 Jiran Bantu Kira Bersama

Seperti sedia maklum, menabung merupakan salah satu amalan yang baik serta ia mengajar kita untuk meninggalkan tabiat boros dan suka membazir. Namun, baru-baru ini tular di media sosial mengenai seorang warga emas di Payakumbuh Sumatera Barat dikenali sebagai Biyok, berusia 81 tahun yang dikatakan menyimpan wang yang terlalu banyak di rumahnya. Difahamkan Biyok hanya bekerja sebagai pencuci pinggan. Namun siapa sangka, dengan hasil gaji pekerjaannya itu, dia mampu menyimpan wang […]

today26 February 2021