Hot FM

Aliff Syukri Cat Sendiri Lantai Untuk Jimat, Tapi Bonda Rozita Pula Komen Tak Lawa

Usahawan kosmetik popular, Datuk Seri Aliff Syukri diketahui mempunyai sebuah rumah mewah tersergam indah yang sudah berusia hampir 3 tahun.

Beliau yang juga anak kepada usahawan, Rozita Ibrahim atau lebih mesra disapa Bonda Rozita itu ialah seorang yang dikenali dengan kehidupan mewahnya bersama ahli keluarga.

Pada 19 Januari 2021, beliau telah memuat naik satu hantaran di Instagram miliknya.

Memberitahu tentang usia rumahnya, Datuk Seri Aliff berkongsi tentang usahanya dengan mengecat sendiri lantai di halaman luar rumah yang sudah pudar bersama dengan pembantu-pembantunya.

Tindakan itu kerana beliau ingin berjimat sempena Perintah Kawalah Pergerakan (PKP).

Beliau menulis pada ruangan caption:-

“Lawa tak?? Dah baru siap.. Pejam celik2 dah nak masuk 3tahun rumah ni siap.. Lantai pun warna semakin pudar hari ini saya check sndiri sahaja lantai sebab nak berjimat maklumlah musim PKP ini kalau bayar Contractor mereka mahal..sy buat sahaja 4 hari 3 malam saya mengecat dengan dino dAn maid sy.. alhamdulillah siap”

Bagaimanapun di ruangan komen, Bonda Rozita pula meninggalkan komen yang dianggap bertujuan untuk bergurau dengan anak lelakinya itu:-

“Tak lawa nampak murah – apa lah nk jimat cat oren ????? tak seni langsung”

Apapun, usaha yang dibuat oleh Datuk Seri Aliff ini wajar dipuji kerana mampu menyiapkan kerja mengecat tanpa menggunakan khidmat kontraktor.

 

Baca artikel berkaitan: Sebagai Perantara Buat Yang Mencari Rezeki, Aliff Syukri Percaya Aturan Allah

Sumber: Instagram Datuk Seri Aliff Syukri

Exit mobile version