Connect with us

Yang Hangat

“Alvin Chong Anak Ikan Saya…” Fasha Sandha Minta Maaf Pada Suami, Mohon Jangan Marah

Personaliti Alvin Chong dikagumi Fasha Sandha, pelakon junior ini dikatakan pandai bawa diri

Published

on

“Patut lah ramai sayangkan dia, baik budi orangnya, pandai bawak diri…dan pandai menghormati. Dia antara pelakon junior yang saya kagumi. Bukan saja berbakat, juga mempunyai personaliti yang baik…”

Siapa tidak cair melihat wajah jambu pelakon baharu, Alvin Chong yang kini mula ‘mengasah taringnya’ dalam dunia lakonan, jika sebelum ini sering melakonkan watak sampingan kerana berwajahkan ‘baby face‘ namun, peribadi Alvin Chong tetap meraih pujian ramai termasuk pelakon senior.

Pelakon wanita yang sudah lama bertapak dalam dunia lakonan, Fasha Sandha yang terkenal dengan telefilem bersiri Anak Mami Kembali juga mengakui dirinya begitu kagum dan teruja dengan keperibadian Alvin Chong yang diklasifikasikan sebagai pelakon ‘pakej lengkap’ walaupun pertama kali berkesempatan melakonkan watak bersama.

“Hari ni pertama kali saya bertugas dengan Alvin Chong. Dia jadi watak anak ikan saya…??
Jangan marah sayang Aidil Aziz, i berlakon je tauu ??”

Menerusi caption yang di muat naik, Fasha Sandha yang dikenali dengan tingkah laku ‘manja’ juga cuba bergurau dengan suaminya, Aidil Aziz sehingga mencuit hati peminat setelah respon yang diberikan oleh suaminya terlihat seperti ‘cemburu’.

Namun begitu, menyifatkan pelakon junior Alvin Chong yang pandai menghormati, Alvin turut meluahkan rasa terima kasih kepada Fasha Sandha di atas pujian yang diberikan melalui komen yang ditinggalkan di ruangan di laman Instagram milik Fasha Sandha.

Dalam pada itu, Fasha Sandha juga turut menerima pujian dari netizen kerana terlihat bersikap rendah diri dan profesional walaupun dirinya sudah lama berkecimpung dalam dunia perfileman namun tetap mahu menghargai bakat-bakat baharu yang ingin mula mencipta nama seperti Alvin Chong ini.

 

Ditulis Oleh: Puteri Haideera Zuraidi

Sumber: Instagram Fasha Sandha dan Alvin Chong

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7710 8822
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.