Hot FM

Amar Baharin Kongsi Bacaan Hafazan Surah, Ruangan Komen Dihujani Pujian

Pelakon Amar Baharin sudah agak lama tidak kelihatan di stesen televisyen.

Namun di Instagram, suami kepada pelakon Amyra Rosli ini masih tetap berkongsi perkembangan diri dan keluarga.

Pada 4 Disember 2020, Amar telah memuat naik satu video di Instagram miliknya yang memperdengarkan bacaan hafazan Surah Al-Mulk.

Melalui caption:-

“Hafalan Al-Mulk ( 30 ayat )

Salam Jumaat. Semoga Allah kurniakan rahmat utk kita di hari Jumaat yang barakah ini amin… ??

#almulkchallenge”

Bacaan yang bagus dari Amar itu dihujani dengan kata-kata pujian di ruangan komen.

Perkongsian baik seperti ini adalah bagus untuk tatapan para peminat supaya ia dapat dijadikan teladan yang bermanfaat.

 

Sumber: Instagram Amar Baharin

Exit mobile version