Tidak dinafikan semenjak tahun lalu, kita sudah tidak dapat merasai kenikmatan bulan Ramadan bersama dengan keluarga disebabkan pandemik COVID-19 yang melanda dunia.
Dalam masa yang sama, kita juga tidak dapat berjemaah di masjid seperti biasa, berkunjung ke bazar Ramadan bersama dengan keluarga dan rakan-rakan serta banyak lagi, tetapi itu bukan lah alasan untuk kita tidak menghargai Ramadan tahun ini.

Sekarang ini kita semua sudah terbiasa dengan norma baharu yang sudah dipraktikkan semenjak tahun lalu lagi dan mungkin disebabkan itu orang ramai mula menerima semua ini dengan hati yang terbuka.
Bagi penyanyi Sufian Suhaimi, beliau mengakui bahawa sangat merindui detik-detik berkumpul dan solat berjemaah di masjid.
View this post on Instagram
Menerusi posting terbaharunya, Sufian telah memuat naik satu video pendek menunjukkan beliau sedang mengambil wuduk di sebuah masjid.
Rata-rata komen yang diterimanya turut meluahkan rasa rindu mereka untuk berjemaah di masjid seperti waktu dahulu.

Lebih menarik lagi apabila ramai peminatnya turut berteka-teki lokasi masjid yang dikunjungi oleh penyanyi lagu Di Matamu itu.

Sufian kini sedang menjalani pengambaran drama terbaharu berjudul Kampung Kolesterol yang bakal ditayangkan di TV9 serta menyaksikan gandingannya bersama dengan Aiman Tino, Mas Idayu, Ziana Zain dan ramai lagi.
Semoga urusan penggambaran Sufian bersama dengan krew yang lain akan dipermudahkan pada bulan Ramadan ini.
Sumber foto dan video: Instagram Sufian Suhaimi