Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Anak Kembar Lebih Rapat Dengan Suami, Ramai Suka Tengok Keluarga Kecil Farahanim Razak

today29 June 2021

Background

Mempunyai anak kembar merupakan rezeki yang tak terhingga buat sesetengah suami isteri kerana ada antara mereka yang menginginkan anak kembar.

Tapi apa agaknya respond si ibu apabila kedua-dua anak kembarnya rapat dengan si bapa berbanding dirinya.

Bagi pengacara Farahaim Razak, beliau gembira melihat anak kembarnya iaitu Amina Raissa dan Amira Raissa lebih manja bersama dengan suaminya iaitu Arif Aizudin.

Menurut video yang dimuat naik olehnya di laman Instagram, kelihatan pasangan kembar itu seperti mendengar arahan Arif untuk mengikat rambut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FARAHANIMRAZAK (@farahanimrazak)

Amina dan Amira kelihatan seperti ‘takut takut’ dengan Arif yang tampil dengan muka garangnya itu.

Tapi hakikatnya bukan garang pun, biasalah anak perempuan kan memang selalu rapat dengan ayahnya.

Keletah anak-beranak itu turut membuatkan pengikutnya di laman Instagram berasa terhibur dan suka melihat aksi mereka.

Seronoknya bila dapat anak kembar, tapi lagi best kalau boleh main teka-teka mana seorang kakak dan adik.

Sumber foto dan video: Instagram Farahanim Razak

Written by: Ainaa Hafizah