‘Malang tidak berbau,’ itulah peribahasa yang dapat dikaitkan dengan kejadian yang berlaku kepada anak perempuan pasangan usahawan terkenal Dato’ Sri Aliff Syukri dan Datin Sri Nur Shahida.
Isteri Aliff yang lebih dikenali dengan panggilan Datin Shahida telah berkongsi perkara tersebut melalui satu hantaran di Instagram beliau pada 6 Jun 2021.

Baca artikel berkaitan: Berharap Anak Perempuan Kali Ini Adalah Yang Terakhir, Dato Aliff Syukri Mahu Bayi Lelaki Sahaja
Menurut Datin Shahida, beliau meninggalkan anak-anaknya seketika untuk membuat susu.
Namun salah seorang anaknya yang bernama Raudhah Arshiyah telah pergi ke mesin treadmill yang dipasang suisnya.
“Kisah pkl 10.00 Malam tadi……sambil mama buat susu keluar pula meena dan raudhah ke mesin treadmill……buka plug pastu apalagi naik la pastu raudhah terjatuh terkepit tangan kat bawah mesin treadmill…nasib cepat nampak…..??….anak kecil byk kat rumah….program depa pun byk…..apatah lagi ada geng…..Syukur tak ada ap2 yg serius……”
Disebabkan itu, tangan Raudhah telah terkepit pada mesin tersebut.

Bagaimanapun, beliau bersyukur kerana tiada apa-apa yang serius berlaku kepada Raudhah, melainkan tangannya melepuh dan luka.
Sementara itu, ramai yang prihatin meninggalkan pandangan mereka pada ruangan komen.

Mujurlah tiada kecederaan yang serius berlaku kepada Raudhah.
Nampaknya kedua-dua ibu bapa itu perlu berbuat sesuatu kerana perkara tersebut bukanlah kali pertama berlaku kepada anak mereka.
Sumber: Instagram Datin Sri Nur Shahida