Kanak-kanak merupakan insan bertuah yang sering kali dapat merasai entiti makhluk halus tetapi ia tetap bergantung bagaimana cara ibu bapa mereka mengawal perasaan si kecil itu.
Penyanyi Lufya Omar telah mendedahkan anak tunggalnya iaitu Haura telah menunjukkan gaya seperti ternampak makhluk halus di kawasan rumahnya.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Lufya menerusi posting baharunya di laman Instagram bagi meminta bantuan pengikutnya.
Menurut Lufya, Haura sering melarang beliau keluar ke balkoni kerana ternampak sesuatu di kawasan tersebut.
Rata-rata komen yang ditinggalkan oleh pengikutnya di laman Instagram turut memberi pandangan mereka tentang perkara tersebut.
Walaubagaimanapun, ada yang turut menasihati Lufya untuk sering membuka ayatul Qursi di rumah bagi mengelakkan daripada terkena gangguan makhluk halus.
Semoga Lufya dan keluarga dilindungi daripada perkara yang tidak baik.
Sumber foto dan video: Instagram Lufya Omar