Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

“Angkat Mic Je” Badan Terlampau Sado, Peminat Puji Lengan Ismail Izzani

today4 June 2021

Background

Nampaknya tempoh total lockdown yang diberikan oleh pihak kerajaan telah digunakan dengan sebaiknya oleh penyanyi Ismail Izzani.

Mana tidaknya, badannya yang sebelum ini semamangnya sado, kini bertambah lebih besar memandangkan beliau sudah mempunyai banyak masa untuk berbuat demikian.

Menerusi posting terbaharunya di laman Instagram, Ismail atau lebih mesra disapa dengan panggilan Mael itu telah memuat naik fotonya berbaju singlet sambil menampakkan lengannya yang semakin besar.

 

Ruangan komen posting itu telah menerima banyak respond daripada pengikutnya di laman Instagram yang turut mahukan badan sepertinya.

Nampaknya mungkin Mael kena share dekat peminatnya macam mana nak dapatkan badan sado macam tu kan?

Maklum lah, sekarang ni kan Mael memang tengah buat badan, okay jugak tu kalau sado baru lah nampak matang sikit kan.

Sumber foto: Instagram Ismail Izzani

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post