Hot FM

“Arif Puasa, Tapi Mahu Minum Air Liur Je…” Gelagat Arif Jiwa Mahu ‘Berpuasa’ Menghiburkan Netizen

Terkenal sebagai kanak-kanak yang mudah tersenyum, siapa tidak kenal si cilik ‘gemas’ Arif Jiwa anak kepada pasangan selebriti Indonesia Tya Arifin dan Asyraf Khalid yang juga merupakan anak tiri kepada penyanyi tersohor Malaysia, Dato’ Siti Nurhaliza ini.

Gelagat dan keleteh lucu kanak-kanak selebriti Arif Jiwa atau dengan nama sebenarnya Arif Jiwa Asyraf yang menanyakan soal ‘syarat berpuasa’ sempena menyambut bulan Ramadan tahun ini amat menghiburkan apabila ibunya memuat naik video lucu mengenai reaksi arif.

Caption:

“Kalau Arif puasa, Allah tak bagi minum, Arif minum air liur saja…”

Siapa sangka di usia yang baru mencecah 4 tahun ini sudah mulai diajar untuk ‘berpuasa’ dan mengetahui ‘syarat sah berpuasa’.

 

“muka arif bila mama kata boleh…eh boleh ke?…menyesal pulak tanya…???”

Arif Jiwa yang dahulunya pernah memenangi sebuah anugerah bagi kategori cilik pada tahun 2018 ini, sudah mula mempunyai pengikutnya tersendiri di mana akaun Instagram milik Arif mempunyai followers seramai 837 ribu.

Kehadiran Si Pipi Pao ini dalam keluarga besar Dato’ Siti Nurhaliza pasti sentiasa mencuit hati sesiapa yang melihatnya kerana sejak kecil lagi Arif Jiwa sudah pandai berinteraksi di hadapan ‘kamera’ bagi merakamkan aksi dan celoteh si cilik ini dan dipertontonkan di laman sosial sebagai memori.

Meninjau di ruangan komen Instagram si cilik ini, rata-rata netizen memuji tingkah laku Arif yang sangat baik dan pandai bertutur dalam dua bahasa iaitu bahasa Melayu mahupun bahasa Indonesia.

Mengetahui bahawa ibunya, Tyra Arifin atau dengan nama sebenarnya Nurtria Wulandari yang merupakan seorang pelakon di Indonesia, namun setelah berkahwin dengan ‘orang Malaysia’, beliau mula menetap di sini bagi menguruskan keluarga dan perniagaannya.

Tya Arifin dan Asyraf Khalid telah barkahwin pada bulan November 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Arif Jiwa dan Azzahra  Jiwa.

Ditulis Oleh: Puteri Haideera Zuraidi

Sumber: Instagram Arif Jiwa

Exit mobile version