Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

“Baca Bismillah Pun Sedap!” Kena Berlakon Mengaji, Ramai Puji Suara Black Hanifah

today16 March 2021

Background

Biasanya kalau seseorang itu menyanyi pun suara dah sedap, mesti lah bila mengaji akan jadi lebih merdu kan?

Tidak dinafikan lagi penyanyi Black Hanifah sememangnya mempunyai suara yang merdu, lebih-lebih lagi apabila beliau kongsikan video pendek menyaksikan dirinya sedang mengaji bagi salah satu babak dalam projek terbaharunya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Black Hanifah (@black.hanifah)

Menurut Black, beliau berasa agak gugup kerana ketika itu sedang diperhatikan oleh crew cameraman bersama dengan Shamsul Ghau Ghau dan juga PU Rahmat Ikhsan.

Black sempat membaca Bismillah sebagai permulaan namun secara tiba-tiba penyanyi lagu Teman Pengganti itu tergelak sehingga membuatkan semua krew produksi turut terhibur.

Aksi Black itu turut membuatkan ramai berasa teruja dan sempat meninggalkan komen pujian terhadap bacaan tersebut.

Bagi mereka, Black mempunyai suara yang merdu ketika mengaji dan turut terhibur apabila melihat bapa kepada dua orang cahaya mata itu curi nafas untuk menyambung bacaan.

Kata orang kalau suara dah sedap, bunyi menangis pun dengar rasa tenang je kan.

Sumber foto dan video: Instagram Black Hanifah

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

Sosial

Viral Video Graduan Lebih Seminit Atas Pentas Konvo, Rupanya Ini Yang Ditanya Pro-Canselor

Menerusi video tersebut, seorang gadis yang dikenali sebagai Wani berkongsi kenangan semasa dia sedang menerima skrol di atas pentas.Namun, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah dia dilihat berada lama di atas pentas kerana ditanya beberapa soalan oleh Pro-Canselor.Dia menulis dalam kapsyennya "Time ni lama gilalah kena soal harga CPO (minyak sawit mentah). Sabar jelah tapi rindu gilalah," katanya.Menerusi sumber, dia memberitahu beliau memang dikenali sebagai seorang yang suka... Klik sini […]

today16 March 2021