Tak tahu sebab apa boleh menangis, tetapi aksi anak sulung pelakon Amyra Rosli iaitu Aqeef Anaqi telah berjaya menghiburkan ramai.

Amyra telah memuat naik video pendek menunjukkan Anaqi sedang menangis sambil membaca doa makan.
Dalam masa yang sama, Amyra turut menulis caption mengatakan kononnya si kecil itu menangis disebabkan makanan yang sedap.
Aksi itu telah mencuit hati ramai yang menonton termasuk rakan artis sendiri.
Tetapi apa pun tahniah diucapkan kepada Anaqi, walaupun baru berusia tiga tahun tetapi si kecil itu sudah berjaya menghafal doa makan!
Dalam perkembangan lain, drama lakonan Amyra iaitu berjudul Sang Pewaris gandingannya bersama dengan Ben Amir baru sahaja tamat ditayangkan di TV3.
Sumber foto dan video: Instagram Amyra Rosli