Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Bagi Tips Buat Video Presentatin, PU Riz Makin Maju Guna Lagu TikTok Pula!

today21 June 2021

Background

Ketika ini, semua pelajar sekolah mahupun universiti sedang dalam tempoh Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0).

Disebabkan itu, pendakwah selebriti merangkap suami kepada Noor Neelofa iaitu PU Riz mengambil peluang untuk memberi beberapa tips kepada para pelajar.

PU Riz telah kongsikan satu video pendek tentang tips untuk membuat video presentation agar mendapat hasil yang lebih bagus.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HARIS ISMAIL (@hrisbismail)

Namun apa yang mencuri tumpuan ialah pemilihan lagu pada video berkenaan.

Beliau telah menggunakan lagu yang sering digunakan di aplikasi TikTok yang mana ia pernah menjadi lagu trend pada PKP 1.0 dahulu.

Beberapa pengikutnya turut meninggalkan komen bercakap tentang pemilihan lagu serta ada juga yang sakit mata melihat cahaya pada filter lagu berkenaan.

Dalam masa yang sama, ada juga yang berterima kasih kepadanya kerana tips berkenaan sangat berguna buat mereka.

Maklum lah, PU Riz pun nak juga ikut trend masa kini kan, baru lah boleh masuk dengan gaya pemikiran generasi sekarang.

Risau juga takut lepas ni PU Riz ajak Neelofa buat TikTok pula ya.

Sumber foto dan video: Instagram PU Riz

Written by: Ainaa Hafizah