Connect with us

Yang Hangat

“Baka Matsalleh” Zarina Anjoulie Kongsi Wajah Adik Lelaki Kacak, Ramai Pula Peminat Cuba Nasib

Jarang kongsi gambar ahli keluarga, peminat teruja lihat ketampanan wajah adik lelaki Zarina Anjoulie

Published

on

“Hidung adik Anju terpacak…sebijik macam daddy dia…like father like son?”

Tidak dapat dinafikan, individu yang memiliki darah kacukan ini kebanyakkannya dianugerahkan rupa paras yang tampan dan cantik!

Wajah ala-ala Pan Asia ini sering dikatakan memberi bonus untuk dilamar menjadi model kerana dek wajah yang sempurna.

Bagi insan biasa, wajah fotogenik kacukan menjadi dambaan kerana membuatkan setiap gambar yang dimuat naik ke Instagram kelihatan cantik dan persis gaya seorang model.

Apa yang lebih menarik adalah jika kesemua adik-beradik mempunyai pesona wajah yang cantik dan kacak pastinya meraih tumpuan orang ramai.

Terbaharu, laman Instagram Anju menarik perhatian ramai terutama peminat wanita apabila dia berkongsikan video selfie bersama adik lelakinya yang dikatakan memiliki ketampanan wajah persis pelakon, Ashraf Sinclair.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zarina Anjoulie (@anjoulielavocah1)

Hantaran yang dimuat naik itu meraih perhatian mata-mata wanita yang begitu kagum akan wajah adik lelakinya itu sehingga ramai yang ingin berkenalan sekali gus meminta selebriti ini memberikan nombor telefon kepada peminat-peminatnya.

Bagi mereka yang sentiasa mengikuti perkembangan semasa Anju sudah pasti tahu yang pelakon berkenaan sangat jarang bergambar dengan ahli keluarga mahu pun mendedahkan kepada umum.

Hanya pada majlis-majlis tertentu sahaja Anju akan berbuat sedemikian, malah dengan pendedahan wajah adik lelakinya itu, ramai yang teruja sehingga video berkenaan mendapat tanda suka lebih daripada 15 ribu pengguna.

Mana tidaknya, wajah adik lelaki yang mirip bapa mereka ditambah pula ala-ala Pan Asia menjadikan peminat wanita tak senang duduk.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menitipkan kiriman buat adik kandung Anju ini sekali gus meluahkan mereka sudah terjatuh hati tanpa sengaja malah berseloroh memanggil selebriti itu sebagai calon kakak ipar.

Walau bagaimanapun, para wanita di luar sana telah dinasihatkan untuk tidak begitu teruja kerana adik lelaki Anju ini dikatakan sudah pun mempunyai pilihan hati yang begitu cantik sekali.

Diharapkan para gadis yang mendakwa merasakan tulang rusuk seolah-olah bergetar dek cinta pandang pertama itu tidaklah kecewa akan realiti sebenar mengenai status pemuda berkenaan.

Ditulis Oleh: Puteri Haideera Zuraidi

Sumber: Instagram Zarina Anjoulie

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7710 8822
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
KLIK SINI
untuk strim secara live atau muat turun aplikasi
KLIK SINI
untuk dengar Hot FM
secara live di aplikasi
Tersedia di