Setiap tahun, usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri mesti akan tampil dengan lagu raya baharu nyanyiannya sendiri tanpa gagal.

Maka dengan itu, tahun 2021 ini kita semua sekali lagi bakal mendengarkan lagu raya daripadanya tidak lama lagi kerana difahamkan beliau masih lagi dalam tempoh latihan vokal.
View this post on Instagram
“Alhamdulillah cikgu vokal saya puji kemampuan saya dan saya yakin lagu ini mampu memberikan aura yang positif kepada pendengar pendengar saya. Doakan lagu ini bakal mendapat carta pertama dimana lagu paling sedap di Malaysia.”
Lebih menarik lagi, lagu yang berjudul Raya Lalala itu merupakan hasil ciptaan daripada penyanyi Amy Ukays.
Rata-rata yang menonton video tersebut telah meninggalkan komen yang jujur mengenai suara yang dimiliki oleh bapa kepada lima cahaya mata itu.

Walaupun komen tersebut sangat jujur tetapi Datuk Aliff tetap menerima dengan hati yang terbuka.
Buktinya beliau tetap menjawab setiap komen yang diberikan tanpa melenting sekali pun.
Apa pun, semoga proses rakaman lagu tersebut akan berjalan dengan lancar, tak sabar nak dengar lagu raya baharu daripada Datuk Aliff!
Sumber foto dan video: Instagram Aliff Syukri