Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Bakal Tampil Dengan Album Lagu Kanak-Kanak, Siti Nurhaliza Akui Ada Cabaran Pernafasan

today10 March 2021

Background

“Ting ting tang ting…” masih terngiang-ngiang lagu nyanyian Dato’ Sri Siti Nurhaliza berjudul Comel Pipi Merah.

Lagu tersebut adalah dicipta khas buat anak sulung beliau, Siti Aafiyah yang dilahirkan pada 2018.

Bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi, beliau yang juga mesra disapa Tok Ti kini dalam proses rakaman untuk album lagu kanak-kanak pula.

Tok Ti memberitahu perkara tersebut melalui Instagram miliknya pada 10 Mac 2021.

Melalui caption:-

“Dalam proses rakaman album kanak kanak terbaru..memang tak dinafikan ada cabaran dari segi pernafasan ( maklumla dah hampir 8 bulan & jarang menyanyi sepanjang hamil) tapi Alhamdullillah, Allah swt permudahkan semua.. Terima kasih team saya yang bekerja keras menyiapkan album ini ..”

Menurut Tok Ti, rakaman untuk album tersebut ada cabarannya.

Ini kerana beliau sudah jarang menyanyi sejak beliau disahkan hamil kali ini.

Bagaimanapun, beliau bersyukur kerana rakaman tersebut tetap berjalan dengan lancar.

Sementara itu, perkongsian Tok Ti mendapat perhatian peminat-peminat di ruangan komen.

Semoga semua urusan Tok Ti dipermudahkan selalu.

 

Baca artikel berkaitan: Tok Ti Kongsi Video TikTok, Dalam Diam Rupanya Datuk K Takut Isteri

Sumber: Instagram Dato’ Sri Siti Nurhaliza

Written by: Hasanah Yusof


Previous post

TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN

Sosial

Arab Saudi Setuju Beri Tambahan 10,000 Kuota Rasmi Haji Untuk Jemaah Malaysia

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata rakyat muslim di Malaysia bakal mendapat tambahan 10,000 kuota rasmi haji setelah kerajaan Arab Saudi bersetuju untuk menambah kemasukan jemaah haji dari negara ini. “Apabila keadaan (COVID-19) pulih sepenuhnya, kuota haji ditambah 10,000 daripada jumlah sedia ada,” katanya pada sidang media selepas perjumpaan beliau bersama Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed Salman di Istana Yamamah, di sini. Sebelum ini, kuota rasmi haji bagi... […]

today10 March 2021