Memberikan khidmat bakti dengan menjadi sukarelawan dapat memberi satu perasaan yang membanggakan.
Itulah yang dirasai pelakon Fizo Omar dan rakan-rakan selebritinya iaitu Nazim Othman, Amelia Henderson, Sherry Alhadad dan Nadiya Nisaa.
Baca artikel berkaitan: Dihadiahkan Telur Bersaiz Besar, Peminat Terkejut Fizo Omar Hampir Jatuhkannya
“JOM KITA SUPPORT EACH OTHER!
Alhamdulillah, Abe Joe dgn rakan celeb yg lain turun sendiri di PPV, UKM Bangi utk jadi volunteer. Tahniah dan terima kasih
@nazimothman
@ameliath
@sherry_alhadad
@nadnisaaDengan usaha kami ni, berharap dapat memberikan kesedaran kepada orang ramai tentang vaksin dan jugak dapat meringankan beban frontliner bagi memudahkan urusan pemberian vaksin.”
Mereka berlima telah memberikan khidmat di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi.
Mereka berharap agar usaha itu sedikit sebanyak dapat membuka mata orang ramai tentang kepentingan vaksin dan dalam masa yang sama dapat membantu para petugas kesihatan yang berkhidmat di sana.
Selain itu, Fizo juga mengharapkan agar lebih ramai orang yang mahu memberi khidmat sebagai sukarelawan termasuklah golongan doktor dan jururawat.
“Semoga amal dan niat baik ini kita teruskan dan sekaligus dapat mengajak lagi orang ramai utk jadi volunteer terutamanya doktor dan juga nurse.”
Semoga niat baik selebriti-selebriti ini memudahkan lagi proses pemberian vaksin dan membantu para petugas kesihatan.
Sumber: Instagram Fizo Omar
