Tindakan baiknya memberi inspirasi kepada orang ramai, namun ia juga mengundang padah apabila dikira sebagai melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika situasi pandemik COVID-19.
Itulah antara penjelasan oleh usahawan terkenal Hafiz Mahamad yang mendedahkan dua video yang dimuat naiknya di Instagram sebelum ini telah membuktikan beliau membuat kesalahan melanggar SOP.
View this post on Instagram
Baca artikel berkaitan:
Beri Alasan Mahu Rentas Negeri, Ini Reaksi Netizen Kepada Hafiz Mahamad
Walaupun Dikompaun Kerana Langgar SOP, Hafiz Mahamad Tetap Bahagiakan Pekerja Dengan Pemberian Bonus
Hafiz melalui hantaran terbaharu di Instagramnya pada 7 Mei 2021 tampil menjelaskan tentang isu pelanggaran SOP.
“Terima Kasih @pdrmsia_official
Saya cuba beri manfaat dari apa saya share, tapi saya mengaku waktu covid19 ni banyak perkara yg “buruk dari yg baik”
Saya suka melihat orang senyum & dibantu saat saya “memberi” tapi ada silap saya dalam patuh pada SOP (mask)”
Beliau tetap mengucapkan terima kasih kepada pihak polis kerana menegur kesalahannya tersebut.
“Saya ber terima kasih sangat pada sahabat semua, pihak polis & termasuk juga siapa yg tag pdrm atas kesalahan saya. Jujur, saya tak marah sebab itu kesilapan saya & itu adalah teguran dari awak sebagai sahabat saya”
Hafiz bersyukur kerana ramai yang memberi semangat namun tetap memohon maaf atas kesalahan yang telah dibuat.
“Ramai yg beri kata semangat & positve tapi saya tetap nak minta maaf tau, saya sayang awak semua & doakan saya supaya lebih “beringat”
“Kejayaan Demi Kebahagiaan”
Pendedahan beliau ini adalah tindakan yang bagus kerana berani mengaku kesilapannya.
Hafiz juga terlihat tenang sewaktu membuat video memberi penjelasan tersebut.
Semoga Hafiz lebih berjaga-jaga selepas ini, dan dalam masa yang sama terus memberi keceriaan kepada orang lain.
Sumber: Instagram Hafiz Mahamad