Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Baru 3 Hari Lockdown, Emelda Rosemila Sudah Siapkan Beg ‘Mahu’ Rentas Negeri

today3 June 2021

Background

“Merentas dari bilik ke bilik ke macam mana ye?”

Baharu sahaja beberapa hari menjalani tempoh lockdown, macam-macam angan-angan yang sudah dirancang oleh segelintir individu mungkin  untuk menghilangkan rasa stress mahupun rasa murung ketika menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Memuat naik hantaran di laman Instagram, pelakon Emelda Rosemila berkongsi gambar dirinya beserta bagasi pakaian yang sudah siap tersedia di luar pintu rumahnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by E M E L D A R O S E (@emeldarosemila)

Hantaran yang dimuat  naik itu mungkin hanyalah dengan niat sekadar ‘suka-suka’ ataupun mahu bergurau.

Mengetahui bahawa semua rakyat Malaysia tidak kira golongan selebriti, VVIP mahupun bangsawan adalah dikehendaki mematuh akan segala perintah pelaksanaan lockdown bagi memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 dalam negara.

Sebelum ini sememangnya kecoh di media sosial berkaitan isu-isu selebriti melanggar arahan larangan merentas negeri.

Namun, rata-rata pengikut Emelda ini juga tidak melepaskan peluang mengambil inisiatif untuk ‘menasihati’ pelakon tersebut untuk tetap patuh tinggal di rumah meskipun mengetahui hantaran yang dibuat itu hanyalah sekadar gurauan.

Eh! Cantik-cantik nak pergi ke mana tu Emelda?

Tak salah mahu simpan angan-angan untuk bercuti tapi diharapkan ianya setelah semuanya sudah pulih dan negara kembali seperti sediakala.

Oleh itu, diharapkan semua pihak kekal berada di rumah dan patuh akan segala arahan yang diberikan bagi mengekang wabak Covid-19 yang semakin berleluasa.

Ditulis Oleh: Puteri Haideera Zuraidi

Sumber: Instagram Emelda Rosemila

Written by: Azra Azuar