Hot FM

Baru Berusia 2 Tahun, Peminat Kagum Anak Anzalna Nasir Sudah Tahu Bahasa Perancis

Anak kepada pelakon Anzalna Nasir yang bernama Mohamad Eidrees baru berusia 2 tahun, atau lebih tepatnya berumur 23 bulan.

Namun dengan usia tersebut, kanak-kanak itu bukan sahaja boleh berzikir dan mengaji, malah sudah boleh mengira dan menyanyi dalam bahasa Perancis.

Perkara itu didedahkan Anzalna melalui satu hantaran di Instagram beliau.

Baca artikel berkaitan:  “Hayati Sampai Pejam Mata” Baru 19 Bulan, Anak Anzalna Nasir Dah Pandai Hafal Banyak Zikir!

“Cepatnya membesar. Selain berzikir dan mengaji. Eidrees can count and sing in french. Hes a very shy boy susah nak ambil video. Nasib tak tercekik laici tu! hahahahhahah #23MonthsOld”

Menurut Anzalna, Eidrees ialah seorang yang pemalu sehingga susah untuk merakamkan detik anaknya mempamerkan kebijaksanaannya itu.

Melalui ruangan komen pula, rata-rata peminat memuji Eidrees kerana pencapaian kanak-kanak tersebut.

Kanak-kanak sebenarnya cepat belajar, oleh itu tindakan Anzalna mengajar Eidrees bahasa Perancis sejak kecil adalah satu perkara yang bijak!

 

Sumber: Instagram Anzalna Nasir

Exit mobile version