Anak kedua kepada pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Alyahya iaitu Lyla Amina, sudah lama menjadi perhatian para peminat setelah dilahirkan pada 12 Februari 2021.
Sudah memiliki akaun Instagram sendiri, ia semakin mencuri tumpuan apabila akaun itu telah dibuka untuk tatapan umum.
Jika dilihat bilangan pengikutnya melalui akaun tersebut, angka itu semakin meningkat, menandakan para peminat mahu mengikuti perkembangan Lyla.
Hantaran terbaharu akaun berkenaan pada 19 Mac 2021 menunjukkan Lyla yang comel dibalut dengan napkin berwarna merah jambu lembut.
View this post on Instagram
Semoga Lyla membesar dengan sihat dan disayangi ramai orang di sekelilingnya.
Baca artikel berkaitan: Awal Ashaari, Scha Al-Yahya Sepakat Beri Nama ‘Lyla Amina’ Buat Bayi Kedua
Sumber: Instagram Lyla AminaÂ