Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Baru Muncul Dengan Foto Sarat Hamil, Miera Leyana Dihujani Ucapan Tahniah

today9 March 2021

Background

Pelakon Miera Leyana jarang membuat perkongsian di Instagram meskipun berita tentang kehamilannya sudah tersebar.

Bagaimanapun pada 9 Mac 2021, Miera telah membuat satu hantaran di Instagram miliknya.

Foto-foto itu memperlihatkan dirinya yang sedang sarat hamil bersama dengan suami tercinta, Rosland Othman.

Melalui caption:-

“First, We have each other then we have you. Now we have everything ❤️
I already feel the overwhelming joy that I have never felt before, announcing this. We will have a little angel with us soon who will make us the happiest parents in the whole world ❤️ Syukur Alhamdulilah ?”

Memberitahu dirinya bakal mempunyai cahaya mata tidak lama lagi, pelakon itu dapat merasakan dirinya dan suami akan memperoleh kebahagiaan terindah dengan anak tersebut.

Miera sebelum ini ada menyatakan dirinya sudah hamil 7 bulan namun menunggu masa yang sesuai untuk berkongsi berita baik berkenaan.

Sementara itu, perkongsian gembira ini dihujani dengan ucapan tahniah daripada para selebriti dan peminat.

Kami di Hot FM juga nak ucapkan tahniah buat Miera Leyana dan suami!

 

Baca artikel berkaitan: Dituduh Jadi Isteri ke-2, Miera Leyana Tidak Kisah Berpoligami?

Sumber: Instagram Miera Leyana

Written by: Hasanah Yusof


Previous post

Sukan

Manshahar tak mahu ‘tekan’ Nauraj

Kuala Lumpur: Ketua jurulatih skuad olahraga kebangsaan, Mohd Manshahar Abdul Jalil tidak mahu meletakkan tekanan kepada jaguh lompat tinggi negara Nauraj Singh Randhawa yang kini sedang memburu slot ke Sukan Olimpik di Tokyo, Julai hadapan. Menyedari tentangan sengit bakal dihadapi Nauraj dalam percubaannya untuk melayakkan diri ke temasya sukan terbesar dunia itu, Mohd Manshahar percaya pemenang pingat emas tiga kali Sukan Sea itu akan berusaha sebaik mungkin bagi merealisasikan... Klik […]

today9 March 2021