Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

“Bawa Ke Syurga” Bantu Jalan Sama-Sama, Ramai Doakan Kesihatan Ibu Fikry Ibrahim

today15 June 2021

Background

Anak mana yang sanggup untuk melihat ibunya jatuh sakit dan tidak seceria dahulu?

Pelakon Fikry Ibrahim kini sedang dalam usaha untuk menjaga ibunya yang tercinta iaitu Bibi Zaleha yang sedang menghidapi penyakit angin ahmar.

Difahamkan juga sekitar Mac lalu, Fikry terpaksa melupakan seketika dunia lakonan dan pulang ke kampung halamannya yang terletak di Jitra, Kedah bagi menjaga ibunya buat sementara waktu.

Disebabkan itu juga, beliau terpaksa menolak beberapa tawaran lakonan untuk bersama dengan ibunya sepanjang tempoh tersebut.

Terkini, Fikry ada kongsikan video beliau membantu ibunya berjalan tetapi video berkenaan telah disunting menjadi sedikir blur mungkin bertujuan untuk menjaga privasi ibunya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ahmad Fikry (@fikryibrahim)

Caption yang ditulis oleh Fikry itu juga dilihat sangat bermakna buat sesiapa sahaja yang  membacanya.

Video berkenaan telah membuatkan ramai berasa tersentuh hati dan mendoakan supaya suatu hari nanti ibu Fikry akan kembali sihat.

Semoga kehidupan Fikry diberkati oleh-Nya atas kebaikan yang dilakukan olehnya untuk menjaga ibu yang tersayang, mudah-mudahan juga ibunya diberi kesembuhan kesihatan.

Syurga Fikry kini sedang sakit, jadi apa yang beliau lakukan untuk meninggalkan kerjaya seni buat seketika merupakan pengorbanan yang tidak ternilai.

Sumber foto dan video: Instagram Fikry Ibrahim

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post