Pelakon popular Nora Danish sebelum ini telah dijangkiti virus COVID-19 yang menyebabkan dirinya perlu menjalani kuarantin diri dan ‘berkurung’ seketika daripada mendekati sesiapa pun.
Namun penantian beliau untuk sembuh akhirnya tiba setelah Nora berkongsi perkara tersebut melalui satu hantaran di Instagram beliau pada 18 Mei 2021.
View this post on Instagram
Baca artikel berkaitan: Hari Ketiga Kena Kuarantin, Ney Ney Dah Mula Rindukan Nora Danish Sampai Minum Air…
Perkara berkenaan memberi kegembiraan buat Nora dan juga ahli keluarganya.
Selain bersyukur dengan kesembuhannya, pelakon itu turut berterima kasih kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) kerana memantau dirinya ketika sakit.
“Alhamdullilah gelang sudah di gunting,
Terima kasih pada KKM team yg jaga saya
selama 10 hari ni. Love u!”
Nora turut menyatakan bahawa kesakitan yang dilalui telah memberi pengajaran buat dirinya supaya lebih berhati-hati.
“Now jom #kitajagakita
Jalan keluar rumah la bila tak penting.
Saya pun dah belajar pada kesilapan lalu.
Take care everyone, & stay safe!”
Alhamdulillah, Nora pun sudah dapat bersama dengan suami serta anak-anak semula.
Sementara itu, rakan-rakan selebriti beliau tumpang gembira dengan perkembangan ini.
Semoga selepas ini semua orang akan lebih menjaga diri dan orang tersayang supaya COVID-19 ini tidak mudah merebak.
Sumber: Instagram Nora Danish