“Nanti diorang ingat semua ni Haris yang tulis ni hahaha…ni Neelofa yang tulis buruk sikit”
Sweet sungguh pasangan selebriti suami isteri, Neelofa dan PU Riz belajar zikir!
Selebriti terkenal, Neelofa telah memuat naik perkongsian zikir yang diajar oleh si suami di Insta Story mengenai Zikir Musafir.
Video yang dikongsikan terdengar mencuit hati apabila Neelofa mentertawakan dirinya sendiri setelah beliau tersalah menyebut huruf jawi ketika cuba untuk membetulkan PU Riz.
“خ sayang…eh ke ح…..Ohh ح ..Hahaha k pandai-pandai”
Mungkin ramai pengikut Instagram Neelofa sudah sering melihat beliau berkongsikan doa-doa serta sunnah dan zikir yang diamalkan bersama peminat sebelum ini, namun pada kali ini terlihat sedikit berbeza kerana perkongsian kali ini dikongsi dalam keberadaan PU Riz sebagai suami.
Baca artikel berkaitan:
Bukan Honeymoon, Neelofa Jelas Terbang Ke Langkawi Atas Urusan Kerja
Berakhir Sebuah Penantian, Neelofa Dan PU Riz Selamat Bergelar Suami Isteri
Ditulis Oleh: Puteri Haideera Zuraidi
Sumber: Instagram Neelofa
