Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Beli Kondominium Bernilai 1 Juta, Peminat Tersohor Diva AA Tumpang Gembira

today3 March 2021

Background

Pengacara terkenal, Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA kini dikatakan telah berjaya membeli aset berupa sebuah rumah kondominium di ibu kota bernilai RM1 juta!

Berita itu dikongsikan sendiri oleh pengacara berusia 55 tahun itu di laman Instagram miliknya.

Menerusi posting tersebut, caption yang ditulis olehnya memberitahu bahawa kondominium yang dibeli olehnya itu bakal menghadap Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) .

Kini, Diva AA telah membayar wang berupa cek sebanyak hampir RM200,000 kepada pihak pemaju bagi urusan jual beli rumah tersebut.

Ramai penyokongnya turut dilihat tumpang gembira terhadap pencapaian pengacara program Lagu Cinta Kita musim kedua itu.



Seperti yang kita tahu, Diva AA merupakan seorang selebriti yang gemar untuk kongsikan berita gembira bersama dengan peminat setianya.

Apa pun, tahniah diucapkan kepada Diva AA!

Semoga selepas ini Diva AA akan dilimpahkan lagi rezeki yang banyak.

Sumber foto: Instagram Diva AA

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

Sosial

Kenali Payfo & Platformnya Yang Diaturkan Untuk Memacu Revolusi Kewangan Di Malaysia

Merupakan platform pembayaran digital, e-dagang, dan ganjaran omni-channel all-inclusive yang bertujuan untuk memberi manfaat kepada pengguna dan pedagang.Platform digital ini yang akan dilancarkan pada suku pertama tahun 2021 untuk membantu peniaga dalam dan luar talian membina asas pelanggan mereka serta meningkatkan pengekalan pelanggan mereka melalui sistem ganjaran. Joy dijangka menjangkau 5 juta pengguna dalam masa terdekat.Sehingga kini, Joy telah mempunyai ikatan bersama rakan... Klik sini untuk baca artikel penuh. Sumber:

today3 March 2021