Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Bella Dally Buat Lawatan Ke Velodrom, Netizen Persoal Cara Rentas Negeri

today10 March 2021

Background

Setakat 10 Mac, umum mengetahui kebanyakkan negeri di Malaysia masih lagi melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang menghalang aktiviti merentas negeri kecuali bagi tujuan pelancongan.

Namun begitu, ia juga haruslah mematuhi syarat dan garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Terbaharu, nama aktress Bella Dally sekali lagi menjadi bualan selepas dilihat memuat naik foto melawati Velodrom Nasional Malaysia.

Terdapat netizen yang mempersoalkan caranya merentas negeri disebabkan pusat sukan tersebut berada di Nilai, Negeri Sembilan.

Bagaimanapun, tiada sebarang kenyataan atau pengakuan dibuat oleh Bella setakat ini.

Sebelum ini, Bella juga pernah terpalit dengan isu merentas negeri atas dakwaan tindakannya mengayuh basikal ke Genting Sempah Bentong Pahang pada Oktober, 2020.

Pelakon drama rantaian Adellea Sofea itu kemudian tampil memohon maaf atas kekeliruan selain menyatakan bahawa beliau masih berada dalam Selangor dan tidak merentas sempadan antara dua negeri.

Apa-apa pun, marilah kita cuba untuk bersangka baik. Kemungkinan foto yang dimuat naik itu ialah foto lama atau throwback yang tidak dinyatakan menerusi kapsyen.

Sumber foto: Instagram Bella Dally

Written by: Azra Azuar


Previous post

vocket-isteri-tanya-tayar-myvi-suami-header-2

Sosial

Tidak Mahu Rakan Kantoi, Ahli Grup Myvi Yakinkan Harga ‘Trade-In’ Rim Enkei Itu Murah

Jika anda aktif melihat mana-mana grup kereta Myvi di Facebook, pelbagai telatah berkaitan kereta Myvi dikongsikan dari setiap penjuru negara Malaysia. Ada saja hantaran yang akan membuat anda tersengih seorang diri di hadapan skrin. Baru-baru ini, ada seorang wanita telah bertanyakan soalan kepada ahli grup Facebook Myvi tersebut; adakah benar suaminya cuma tambah RM100 setelah trade in rim tayar standard 1.5 AV untuk mendapatkan sport rim jenama Enkei. Sumber gambar: […]

today10 March 2021